pada ari ahad lepas aku mengh
abiskan cuti hujung minggu bersama tunang ku ke taiping... selepas pusing2 tesco, taiping sentral, the store aku n tunang aku mengambil keputusan untuk ronda2 zoo taiping... rasa lama benar aku tak kesana....
semasa kami tiba hujan turun dengan lebatnya.. lebih kurang 15 minit hujan pun turun... apa lagi aku terus membeli tiket untuk masuk... nak tahu berapa tiket masuk RM 12.00 untuk dewasa. perh.... mahal gak... teringin punya pasal belasah juga la....
keterujaan aku dan tunang ku terhakis apabila melihat banyak kandang-kandang haiwan yang kosong dan ada diantaranya tidak terurus... semak samun, cermin pameran berlumut, retak... dan lain-lain....ada juga haiwan-haiwan dalam keadaan uzur dan cedera.... antaranya rusa, unta. yang lagi sedihnya, burung unta dah tak ada bulu.... sedih.... sedih....
tapi yang aku paling sedih.... kandang memerang ni.... korang nak tau.... memerang ni makan/gigit tin minuman yang dibaling ke dalam kandang... kejam betul sapa yang buat.... apa pun aku sedih la dengan keadaan zoo taiping sekarang.... tak terurus.... mana perginya pihak pengurusan yang bertanggungjawab keatas haiwan2 ni.......
erm... rasa menyesal gak masuk zoo ari tu... kalau korang tak caya korang leh pi la tengok......