Tuesday, March 9, 2010

SEMINGGU SEHARI

dari 1 mac 2010 sehingga 9 mac 2010 aku terpaksa turun ke SMK GUNUNG SEMANGGOL untuk bertugas sebagai tukang kebun + tukang cuci bagi mengantikan seorang pekerja ku yang berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian kepada kebun getahnya kerana harga getah sedang melambung tinggi...

bila mana aku diberitahu yang pak cik ni nak berhenti kerja... aku mula pening nak mencari pengganti... mana taknya.. aku bukan kenal orang di kawasan semanggol tu... aku minta mak cik nap mencari penganti tapi gagal kerana kebanyakan orang lelaki di semanggol telah berkerja di kolam ariwana.....

jadi terpaksalah aku mengantikan kerja2 kebersihan di sekolah tersebut.... tak kisah la janji tak potong 25% pembayaran bulanan oleh pihak kementerian.... dari sini aku mengutip pengalaman sebagai tukang cuci.... kerjanya best... sebab tak la susah sgt sbb aku muda sedangkan makcik rokiah yang berbadan besar pun mampu turun naik tangga bangunan 4 tingkat sekolah tersebut..... aku menyapu sampah, mencuci tandas dan aku mencabut rumput.... aku juga mengorek longkang.... sambil berkerja, keluar juga peluh....

dalam tempoh ini juga aku melihat gelagat pelajar.... mcm2 perangai.... apa pun mereka ini tak sama macam zaman aku sekolah dahulu.... aku mula merindui zaman itu.....

esok... aku tidak lagi bekerja sebagai tukang cuci kerana aku telah mendapatkan pengantinya, lepas ini tidak ada siap yang boleh memperlekehkan kerja ini kerana: AKU TELAH MERASAKANNYA.....