Wednesday, November 25, 2009

untuk renungan kita bersama

masej ni aku terima dari seorang kawan melalui inbox frienster. so untuk renungan dan iktibar kita bersam aku letak la kat blog aku ni... sudi2kan la membacanya..

Original message from FARAH:
> Semalam. siaran RTM di Negeri> Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat disusuli gempa bumi selama 3 minit,>> mungkin ini tanda2nya.>>> kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi. menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi. oleh itu,kita disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA>> JGN SKIP> utk baca ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.>> BAHAYANYA KARTUN POKEMON POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya.>> POKEMON bermaksud saya yahudi,>> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi.>> CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah nauzubilla..h).>>> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2.>>> smua org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die> macam ni:> anamuslim_cute_97@yahoo.com> die cuba nak murtadkan org Islam.> tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!!(kalau rase sayang ngan org> Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) jngan smbong n> bongkak.


Dapatkan Komen Hari Raya Aidiladha di Myfwenster

Watch Funny Videos Clips

WARKAH UNTUK MB

hari ni.. aku telah menghantar rasa tidak puas hati aku dan kawan2 senasib dengan ku kepada YAB Dato' Zamry Kader, MB Perak berkenaan dengan pengurusan Kolej Islam Darul Ridzuan. kalau korang nak tau isi cetusan hati aku dan kawan2 aku tu... aku ada lampirkan bait2 katanya. kami tak sangup lagi teranaia. korang baca la....

salam dato'terlebih dahulu saya ingin mempekenalkan diri. Nama saya Norhafizah binti Mohamad Najimudin. berasal dari Alor Pongsu Bagan serai Perak.

tujuan saya mengirim utusan ini adalah untuk mengadu kepada dato' tentang Kolej Islam Darul Ridzuan.
saya merupakan bekas pelajar Kolej ini. dari kampusnya di ipoh hinggalah kampus di kuala kangsar. mengambil jurusan perakaunan dari oktober 2005 hingga mac 2009.
di sini saya ingin mengadu beberapa perkara:


1. ISTIADAT KONVOKESYEN & TRANSKRIP
untuk makluman dato' kali terakhir konvokesyen diadakan pada tahun 2007. selepas pada tahun itu, tidak ada lagi majlis konvokesyen dia adakan. untuk pengetahuan dato lebih kurang 40 orang pelajar termasuk diri saya dari falkuti pengurusan masih lagi tidak menerima diploma kami masing-masing. itu baru falkuti pengurusan belum falkulti bahasa dan kesasteraan arab, usuluddin dan syariah. ini membawa masalah kepada kami untuk kelanjutkan pelajaran atau memohon pekerjaan. hanya bergantung kepada slip peperiksaan sahaja tidak memadai.
lagi majlis konvokesyen dia adakan.

2. KAKITANGAN PENTADBIRAN YANG SOMBONG DAN SUKAR UNTUK BERKERJASAMA.
sudahlah majlis konvokesyen tidak dapat dijalankan. memohon untuk mendapatkan transkrip dan surat pengesahan tamat pelajar cukup sukar. bermacam alasan diberikan kan, "kena tunggu mesyuarat ahli lembaga pengarah la." "rektor tak ada nak sain la." pengawai berkenaan bercuti lah." "datang hari lain, kami sibuk sekarang" dan macam-macam lagi alasan diberikan. apabila kami datang pada bulan berikutnya jawapan yang sama diberikan.sudah la banyak alasan, melayan kami bekas pelajar dengan muka yang begis dan kasar.
yang memelikan lagi, mereka sering mengatakan mereka sibuk tetapi sepanjang saya berada di kolej dari ipoh hinggalah ke kuala kangsar, meja kakitangan ini sentisa kosong.... kadang2 di dalam satu-satu jabatan berkenaan tidak ada pegawai langsung. kalau ye pun pergi minum pagi pada jam 10, tak kan la sampai 1 pejabat turun minum.
hendak mengatakan mereka ni banyak kerja, satahu saya jumlah pelajarnya pun bukan lah ramai macam di IPTA lain sampai hendak mengeluarkan surat pengesahan untuk 40 orang pelajar pun satu perkara yang sukar.
saya harap dato' dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kami tidak terus teraniaya dan menanti masa depan yang belum pasti. sebagai seorang pemimpin yang pentingkan ilmu saya merasakan pada dato' lah tempat paling layak untuk saya dan kawan2 yang lain mengadu... sekian... wassalam.

Wednesday, November 18, 2009

RAJA MUDA RAJA NAZRIN SHAH MENCEMAR DULI







GURU PERTAMA KU DIALAM PERSEKOLAHAN



ini lah cikgu aku yang pertama ketika aku melangkah ke alam persekolahan. aku panggil cikgu bedah. dia mengajar aku di tadika islam alor pongsu sekarang ni dikenali dengan Tadika Islam Nurhikmah Alor Pongsu. yang membuatkan aku terharu Cikgu Bedah masih lagi mengenali aku walaupun sudah 18 tahun aku meninggalkan sekolah tadika. dan hari ni (18/11/09) aku diberi penghormatan menjadi pengerusi majlis untuk majlis konvokesyen Tadika Islam Perak Kawasan Bagan Serai. Kepada Cikgu Bedah Saya mengucapkan bebanyak-banyak terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. tanpa cikgu siapalah saya hari ini.

Monday, November 16, 2009

Banjir oh banjir
















Banjir datang kembali. mungkin akan sama dengan banjir pada tahun 2003 masa aku di tingkatan 6 dulu... huis....Argh. semasa aku menulis bloq ni air di km13-17 diatas jalan 47inc. Sekolah Menengah Kebangsaan Alor PongsuPeace(sek lama aku dulu) awal lagi menutupkan dirinya hehehe suka la adik aku seminggu lagi nak cuti sek dah cuti.... erm... jgn la umah aku pun naik air... kalau tidak teruk aku... lagi teruk kalau kedai aku yang naik iar.. mau mesin photostet kena junjung...
setakat yang aku tahu terdapat 90 lebih kot keluarga yang berpindah kat sk alor pongsu (nanti kalau ada berita terbaru aku bagi tau)

Thursday, November 12, 2009

BanjIR o bAnjir

salam sejahtera.... Hihehehe (macam pembaca berita pulak...) aku nak bagi tau ni... banjir sekali lagi melanda alor pongsu... tapi bukan pekan alor pongsu la.. nun kat selekoh beriai yg menjadi lokasi popular banjir.. sebagai sukarelawan kebajikan aku kena standby 24 jam untuk membantu mangsa2 banjir ni.....Peace

Wednesday, November 11, 2009

kawan ku khawin...

tahniah la aku ucapkan kat haiza kerana selamat melangsungkan majlis pernikahan pada 7 nov td. dah jd isteri orang dah classmate aku masa study kat kolej dulu ni... tapi apa yang membuat aku sedih(sedih konon)adalah dia orang lupa nak ajak aku pi majlis tu... huhuhuhu sedih betul... buka apa time2 macam ni nak berhimpun, berjumpa balik.... tapi tak pe dah tak de rezeki aku nak buat macam mana kan.... nasib baik la kenduri kawin dia lambat lagi. hehehehehe to haiza selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri...