Wednesday, November 25, 2009

WARKAH UNTUK MB

hari ni.. aku telah menghantar rasa tidak puas hati aku dan kawan2 senasib dengan ku kepada YAB Dato' Zamry Kader, MB Perak berkenaan dengan pengurusan Kolej Islam Darul Ridzuan. kalau korang nak tau isi cetusan hati aku dan kawan2 aku tu... aku ada lampirkan bait2 katanya. kami tak sangup lagi teranaia. korang baca la....

salam dato'terlebih dahulu saya ingin mempekenalkan diri. Nama saya Norhafizah binti Mohamad Najimudin. berasal dari Alor Pongsu Bagan serai Perak.

tujuan saya mengirim utusan ini adalah untuk mengadu kepada dato' tentang Kolej Islam Darul Ridzuan.
saya merupakan bekas pelajar Kolej ini. dari kampusnya di ipoh hinggalah kampus di kuala kangsar. mengambil jurusan perakaunan dari oktober 2005 hingga mac 2009.
di sini saya ingin mengadu beberapa perkara:


1. ISTIADAT KONVOKESYEN & TRANSKRIP
untuk makluman dato' kali terakhir konvokesyen diadakan pada tahun 2007. selepas pada tahun itu, tidak ada lagi majlis konvokesyen dia adakan. untuk pengetahuan dato lebih kurang 40 orang pelajar termasuk diri saya dari falkuti pengurusan masih lagi tidak menerima diploma kami masing-masing. itu baru falkuti pengurusan belum falkulti bahasa dan kesasteraan arab, usuluddin dan syariah. ini membawa masalah kepada kami untuk kelanjutkan pelajaran atau memohon pekerjaan. hanya bergantung kepada slip peperiksaan sahaja tidak memadai.
lagi majlis konvokesyen dia adakan.

2. KAKITANGAN PENTADBIRAN YANG SOMBONG DAN SUKAR UNTUK BERKERJASAMA.
sudahlah majlis konvokesyen tidak dapat dijalankan. memohon untuk mendapatkan transkrip dan surat pengesahan tamat pelajar cukup sukar. bermacam alasan diberikan kan, "kena tunggu mesyuarat ahli lembaga pengarah la." "rektor tak ada nak sain la." pengawai berkenaan bercuti lah." "datang hari lain, kami sibuk sekarang" dan macam-macam lagi alasan diberikan. apabila kami datang pada bulan berikutnya jawapan yang sama diberikan.sudah la banyak alasan, melayan kami bekas pelajar dengan muka yang begis dan kasar.
yang memelikan lagi, mereka sering mengatakan mereka sibuk tetapi sepanjang saya berada di kolej dari ipoh hinggalah ke kuala kangsar, meja kakitangan ini sentisa kosong.... kadang2 di dalam satu-satu jabatan berkenaan tidak ada pegawai langsung. kalau ye pun pergi minum pagi pada jam 10, tak kan la sampai 1 pejabat turun minum.
hendak mengatakan mereka ni banyak kerja, satahu saya jumlah pelajarnya pun bukan lah ramai macam di IPTA lain sampai hendak mengeluarkan surat pengesahan untuk 40 orang pelajar pun satu perkara yang sukar.
saya harap dato' dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kami tidak terus teraniaya dan menanti masa depan yang belum pasti. sebagai seorang pemimpin yang pentingkan ilmu saya merasakan pada dato' lah tempat paling layak untuk saya dan kawan2 yang lain mengadu... sekian... wassalam.

No comments:

Post a Comment