Wednesday, July 29, 2009

PERTUNANGAN KU...




ASSALAMUALAIKUM....

Agak lama juga aku tidak menulis dalam blog aku sendiri... bukan apa agak sibuk dengan persiapan pertunangan yang berlangsung pada 18 Julai 2009 yang lepas.....ye la... untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar selancarnya persiapan kena buat awal kalau last minit maknanya jadi cartoon la... heheheheh. sebelum aku story lebih detil tentang majlis pertunangan aku, aku nak story tentang bakal tunang aku dulu... sebab sebelum ni, aku cerita sikit je pasal dia n macam mana kami leh berkenalan n seterusnya mengikat tali pertungangan. heheheheheh.....






Nama : Mohamad Rastam Zahuri Bin Baharum

Asal : Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak

Anak : Anak ke-2 dari 3 adik beradik

Pekerjaan: catering
Taraf Pendidikan: Dip. Perlancongan UITM Kuantan



ini la orangnya... handsome tak? perkenalan aku dengan dia agak tragis sedikit... bermula dengan ejek mengejek (aku yang mula dulu) berlarutan dengan p'tengkarang sehingga terguris hati (aku la tu hehehehe) dan akhirnya hati kami sama-sama tertaut.... sebulan aku berkenalan dengan dia, dia telah membawa aku berjumpa dengan keluarga nya.... alhamdulillah, ahli keluarganya menerima diri ku seadanya..... sebulan lepas itu, giliran aku pula membawanya pulang berjumpa dengan family aku... sekali lagi aku bersyukur kehadrat ilahi kerana keluarga aku menerima dirinya seadanya tanpa banyak komen......



kami tidak mengambil masa yang lama untuk mengikat tali pertunangan. 5 Jun 2009 keluarga Rastam seramai 10 orang (lebih kurang la... aku pun tak sempat kira. 3 biji kete) datang merisik aku.... (hehehe) huis... gementar gila... aku tak pernah gementar macam ni... macam la aku tak pernah jumpa depa.....



cukup hubungan kami mencecah setahun, pada 18 Julai 2009 kami mengikat tali pertunangan. Aku dan Tam merancang majlis pertunangan yang simple but sempoi.... kami bersetuju untuk:

Hantaran:


aku : 9 Tam :7

Tema:
aku: merah/putih Tam: hitam/putih

tapi majlis yang kami rancangkan simple but sempoi menjadi pesta yang agak2 grand.... nak tahu apa yang jadi pada majlis pertunangan kami....? bacalah story kat bawah ni...


pakaian:

aku mengenakan sepasang kebaya putih yang aku buat sendiri setahun yang lalu... baju ni aku buat untuk aku pakai semasa kursus andaman. tapi sebab agak glamor aku simpan je. rupanya ia dipakai untuk pertunangan ku.... aku mengenakan tudung yang dipilih sendiri oleh Tam dan selendangnya aku buat sendiri.....




Hantaran:

dari 9/7 menjadi 35/15. terima kasih kepada yang memberi kami hantaran. hanya Allah yang dapat membalas jasa anda. cantik2 n sedap. terima kasih sekali lagi





jumlah rombongan:
22 buah kereta... kira sendiri la berapa orang
wang belanja & mas khawin:
yang ni aku yang menetapkannya sendiri... belanja khawin aku ambil daripada tarikh lahir aku iaitu RM6108.50 dan mas khawin RM 1201.00
perasaan:
teruja + terharu + gementar + seronok + letih + bersyukur



doakanlah kami kekal hingga ke jinjang pelamin Amin!

Monday, July 13, 2009

DEBARAN KIAN TERASA

5 Jun 2009 keluarga tam datang merisik aku..."huis... teruja n gementar aku dibuatnya" yang kat atas tu yang aku dapat masa depa datang merisik tempoh hari bersama sepasang kain baju dan buah-buahan.....

18 julai ni aku akan ditunangkan dengan Rastam... dan aku tak boleh nak bayangkan mcm ne dia berlangsung.... aku hanya merancang hanya Allah S.W.T yang akn menetukan.... harapan aku agar majlis yang aku rancang ini berjalan dengan lancar AMIN!!!!

Saturday, July 11, 2009

AKU & KEKOTAK



aku tak tahu kenapa, tiba2 aku menyukai corak kekotak. aku rasa setelah aku tgk 'YUNA' (aku tak pasti sama ada dialah orang yang membawa aku ke fenomena ini).tgk sajalah friendster aku. sekarang aku nak kumpul seberapa banyak baju, tudung, kasut n beg bercorak kekotak (tgk bajet sama la) koleksi yang aku ada sekarang 2 helai tudung syira (pink n hijau), selendang (oren) n  beg.

Friday, July 10, 2009

AkU & cITA- CITa

Setiap daripada kita mempunyai impian dan cita-cita. Sejak dari kecil kita menanam cita-cita.. waktu kita disekolah rendah dulu, cikgu kita mesti ada menanyakan tentang cita-cita kita.

" Bila besar nanti saya nak jadi....." jawapan yang popular adalah

doktor, askar, guru dan polis. termasuk la dengan diri aku ni, masa darjah 1-3 bercita-cita nak jadi cikgu... bila masuk darjah 4 terus bertukar cita-cita... nak jadi Sainstis... nak tahu mcm ne leh tercetusnya cita-cita mcm tu... aku n rakyat Malaysia yang seusia dengan ku (lahir pada tahun 1985) merupakan perintis mempelajari mata pelajaran sains sekolah rendah di malaysia. tetapi bila aku melangkahkan kaki ke sekolah menengah secara automatik cita-cita ku berubah. 

Korang semua mesti ingat Kad 01 kan, berwarna biru yang ada mencatatkan cita-cita kita di belakangnya..... bila aku baca balik kad tu, nampak sangat pendirian aku berkenaan memilih kerjaya ni tak tetap... hehehehehe. Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.comkejap nak jadi guru, nak jadi pensyarah, nak jadi usahawan, ahli perniagaan....

start aku form 4, (masa tu dah matang la sikit) aku dah berazam, aku harus menetapkan cita-cita aku agar memudahkan aku mencapainya..... korang nak tahu apa cita-cita ku itu.... ia ialah

AHLI PERNIAGAAN

BERJAYA ATAU TIDAK TUNGGULAH SAMBUNGANNYA...........

AJNaBi









ShoPing Di PaSaR KemBoja, Permatang Tok MahaD

pagi tadi aku teman mama pergi ke Permatang Tok Mahad, syurga kain n tudung kat tempat aku, mama nak ambil stok kain baru (mak aku buka kedai  jahit da...) di kesempatan ini aku boleh la mencari koleksi terbaru tudung dipasaran dengan harga borong.... orang memang ramai hari ni, semua la nak  baju untuk hari raya. pasar ni dibuka pada hari isnin dan jumaat saja, pasar ni merupa pusat borong pakaian. peniaganya dimonopoli oleh orang kemboja. 

Thursday, July 9, 2009

TeRiMa KaSih CiNtA

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu
Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakiti
muouuwwww...ouuwwww...
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu


wah romentik lak aku kali ni.... aku saya memilih lirik lagu terima kasih cinta nyanyian afgan artis dari indonesia sebagai pembuka kata hari... sebenarnya lagu ni tak de la membawa apa-apa makna untuk ku... aku saja suka dengar lagu ni. kali ini aku nak bercerita tentang aku & cinta... Wah tajuk boleh buat drama. hehee

Macam mana nak mula yek..... aku stat mengenali apa itu cinta seawal tingkatan satu. korang mesti tau kan ketegori pe cinta ini.... pandai, ia dipanggil CINTA . hahahaha. budak laki tu sebelah kelas aku. dah nama pun cinta monyet, compom la tak lama..... hubungan kami bertahan 4 bulan ja.... lawak bila kenang kembali... lepas tu aku malas nak bercinta2 (lagi pun tak de sapa yang nak kan aku huhuhuhhu.... masa aku form3 aku ada la terpaut hati dengan seorang senior ni, rupa tak de la handsome sgt tapi boleh la... aku tak pun menyatakan hasrat hari ku kat dia.. malas la, (sebenarnya takut kena rejek). sampai la aku tamat SPM, tak de siapa bertahta dihati.....

Macam yang pernah aku ceritakan, lepas SPM aku sambung study kat SMKAI (form 6) masa ni cinta berputik kembali. aku berkenalan dengan seorang lelaki muda setahun dari aku (macam mana leh tersangkut tah) cinta kami pun tak tahan lama (tarikh luput dah tiba) aku naik je upper6 n dia pun abis study... kami berpisah.

pastu aku couple lak dengan seorang lelaki yang lebih berusia daripada aku, cinta aku putus
sekali lagi kerana family aku n dia tidak merestui habungan kami.Broken Heart Myspace Comments masa aku nak exam STPM. sadis betul....
Tamat STPM aku study kat KIDR. masa ni aku ada couple dengan mamat pantai remis. lama gak hubungan aku dengan dia... ada la dalam 3 thn... tak de sapa yang tahu. huis..... tapi tahun ke 3 cintaan kami, org yang aku pernah suka masa form3 dulu datang mengetuk pintu hati ku.... AH......AKU DALAM DILEMA...... jenuh juga aku nak buat keputusan..... setelah timbang tara di buat, aku mengambil keputusan untuk meninggal kan mamat pantai remis dan bersama brother.... tapi hubungan aku dgn bro.senior ni pun tah hapa2... aku bagai di gantung tanpa tali....
Masa aku di tahun akhir perngajian ku (KIDR KUALA KANGSAR) cinta ku masih tergantung..... sehinggalah pada 18/7/08 aku mengambil keputusan untuk menerima cinta baru bersama bakal tunang ku sekarang.....(sebelum tarikh tu ada ceritanya lagi... panjang sangat kalau nak cerita.. nanti aku buka tajuk lain untuk cerita masa yang ni....) masa aku dalam lebih kurang 4 bulan menjalin cinta dengan tam, aku dapat berita bahawa bro.senior akan melangsungkan perkhawinannya..... sedihnya aku kena tipu selama ni..........................

Prinsip aku mudah dalam bercinta ni.... sekali kita gagal dalam percintaan tak permakna kita tidak boleh/akan bertemu cinta lagi...... cari la ia sehingga temui cinta yang sejati.

Love Myspace Comments


to MOHAMAD RASTAM ZAHURI, i love you

Wednesday, July 8, 2009

GILA FESYEN TUDUNG!!!!
























memiliki pelbagai koleksi tudung menjadi hobi aku kini.... sebut la fesyen tudung n selendang dipasaran. hampir semua aku ada.... tudung ikin, bawal dari no 1 sampai last sekali, tudung ibu arini, tudung permaisuri, syiria, dubai, selendang ....yang tak dapat la tudung datuk ct

Tuesday, July 7, 2009

KEMANA KALIAN MENGHILANG?!


atan, syafiq, atta, boron, bomoh, khairi, pariz, erry, fuat, kuri, pun, sham, bazilah, zaliah, na, husna, mimi, noraini, nona, yam, jida, raja, salina, azida, zarina, ikin, ira, shima, midah, juniza, zaquan, rahimi, rosz ,shima,fauziana, rosmi & suhaila
kemana kalian!!!!!
selepas kita menamatkan SPM pada tahun 2002, masing-masing membawa haluam masing-masing...
aku, atan, syafiq, fuat, pun, na, husna, mimi, yam, azida, ikin, yam, midah,rosmi & juniza, kami menyambung pelajaran kami ke tinggkatan 6 di SMK ALANG ISKANDAR. hanya fuat dan azida yang berlain aliran. mereka mengambil kelas Geografi dan yang lain dalam kelas Ekonomi. setelah tamat STPM kami membawa haluan masing-masing
aku - KOLEJ ISLAM DARUL RIDZAUN
atan - UPSI
syafiq - UTM
fuat - ?
na - KOLEJ YAYASAN MELAKA
husna - kerja
yam - UUM
ikin - UUM
minah - khawin
juniza - KOLEJ SWASTA
atta - aku tak tau dia buat apa lepas SPM.
boron - dia mendapat tawaran menyambungkan pelajaran ke matrikulasi, tetapi sayang dia tak dapat kesana mungkin disebabkan masalah kewangan dan dia telah menyertai TLDM. tergelak besar apabila aku mengetahui dia menyertai TLDM. manusia yang tak pernah nak terlibat dengan unit beruniform kat sekolah dulu menyertai TLDM. hahahahahahahaha!!!!
bomoh & pariz - mereka berdua ni menyambung pelajaran je politeknik... dalam jurusan apa aku tak diberi tahu.
erry & suhaila - mereka menambung pelajaran ke UITM kalau tak silap aku bidang kejuruteraan & Teknologi Maklumat
kuri - dia tidak menyambung pelajaran kemana2 namun begitu umurnya tak panjang. dia kembali kerahmatullah pada kalau tak silap aku tahun 2005.
sham - pada peringkat awal dia menyertai aku dan kawan-kawan yang lain melanjutkan study kami di F6 tetapi pada penggal ke-2 dia telah berhenti sekolh dan menyertai TLDM.
bazilah - setelah bekerja selama 1 thn sebagai operetor kilang selepas SPM, bazilah menyambung pelajaranya dalam bidang kejururawatan.
zaliah & shima - sama seperti bomoh & paris mereka sambung study kat politeknik
noraini - dia tak kemana2 selepas SPM. tinggal diruma sahaja sampai ke hari ni
nona, salina & rahimi - mereka bertiga yag diketegorikan best student kat kelas aku dulu menyambung kan pelajaran mereka ke matrikulasi. nona dan salina di matrikulasi perlis manakala rahimi di matrikulasi kuala nerang.
jida, zarina, raja,rosz - mereka berempat selepas SPM terus bekerja
ira & zaquan - mereka berdua pun menyambungkan study tapi aku tak tau dimana.
fauziana - sepi tanpa berita
KHAWIN!!!!
yang memecah rekod melangsungkan perkhawinan disandang oleh midah yang menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2005 sebaik sahaja tamat STPM di ikuti dengan Azida dan Sham....
sekarang ini, hanya friendster sahaja penghubung aku dengan beberapa kawan. yang lain hilang tanpa berita.