Wednesday, October 13, 2010

GADUH

masa aku dok mengemas bilik, aku terjumpa buku "square book" berwana pink yang tertulis nama pena ku PHYZARH & GADUH. inilah buku yang menjadi tempat aku mencurahkan karya. aku pernah bercita-cita menjadi seorang penulis novel. korang boleh la baca karya aku ni.... selamat membaca.....

~SATU~
Mengamuk

"Za, kau tahu tak?" soal Jun sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di hadapan Za. Za sekadar menggeleng.
"kau nak tahu ke tak?" soal Jun sekali lagi setelah melihat reaksi Za yang acuh tak acuh dengan soalanya
"Apa dia?" Za bersuara
"Mie bergaduh semalam!"
" mana kau tahu?"
" Alias yang bagi tahu aku." Terang Jun lagi. Za sekadar menggeleng apabila mendapat berita tentang kekasihnya bergaduh lagi. Dalam bulan ini sahaja sudah tiga kali dia bergaduh.
"Alias kata dia cedera teruk kali ni." Sekali lagi Za menggeleng. tidak ada apa yang harus diperkatakan lagi. Puas dinasihatinya tetapi lelaki itu tidak makan nasihat.

" Kau kena buat sesuatu Za sebelum terlambat"
" Apa yang boleh aku buat Jun? Dah berbuih mulut aku menasihatkan tapi tak da apa-apa kesan pun."
" Za, aku tahu kau seorang yang bijak." Balas Jun. Za menghela hafaz panjang. Bagaimana caranya untuk dia memberhentikan tabiat buruk kekasihnya. Bergaduh menjadi darah daging Mie.


Ijai, Aiman, Penyot dan Eit sedang duduk bersembang di hadapan gerai Pak Ali. Masing-masing asyik menceritakan tentang pergaduhan semalam dan muka masing-masing terdapat kesan-kesan pergaduhan semalam,.
"OI! Mie mana?" satu tepukkan di atas meja membuatkan mereka semua terkejut.
" Dia pergi toilet jap, apa hal?"soal Penyot.
"Apa hal? hal korang la... tak habis-habis bergaduh. Dengan siapa korang bergaduh semalam?" bebel Za.
"Relex la Za, kecil punya hal pun kau nak bising-bising" Aiman bersuara.
bergaduh dengan geng Krik kau kata kecil" kali ini suara Za lebih keras.

"Hello...hello... kau ni kenapa?, yang gaduh kita orang, yang patah riuk kita orang, yang lebam-lebam kita orang" Aiman naik berang. Za tersenyum sinis dengan kata-kata Aiman.
"Aku rasa korang dah lupa apa yang jadi pada Kid" Ijai menelan air lilur. Aiman yang berang tadi menghela nafaz panjang. Penyot dan Eit hanya menundukkan kepala apabila mendengar kata-kata Za.
" Aku tak nak cakap banyak tapi korang fikir la sendiri. Kalau Mie datang nanti cakap aku nak jumpa dia tempat biasa malam ni. Ada benda yang perlu aku perhitungkan." Kata Za lalu bereda meninggalkan empat sekawan yang bertafakur.
" Tadi aku dengar macam suara marka aku, mana dia?" soal Mie, tetapi soalan Mie itu sepi tanpa jawapan.
"Korang ni kenapa?"
" Awek ko nak jumpa kau malam ni di tempat biasa." Kata Aiman lalu bangun berlalu.

" Oi, kenapa dengan Aiman?"
" Za mengamuk tadi dan dia mengingatkan kita semua dengan apa yang jadi pada Kid." Ijai bersuara. Mie memejam mata serapatnya apabila mendengar kata-kata Ijai.

bersambung....