Friday, August 28, 2009

Terlanjur Cinta

waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema

mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan


reff:
aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

repeat reff

Monday, August 17, 2009

UsTaZ AkHiL & WaHeDa

Malam tadi ketika menaip aktiviti pu3 yang berlangsung pada siangnya sambil menonton berita di tv3, aku akak terkejut (sikit la tak banyak) tentang berita perkhawinan ustaz akhildengan penyanyi bertudung popular wahida. erm.... pada satu ketika dulu, industri hiburan pernah la digemparkan dengan'GOSIP' percintaan kedua artis ini. masing-masing menafikan hal ini. akak wahida ni menagis2 menafikan... berita mereka tersiar disetiap media massa yang ada kat malaysia ni, di paper matro, sinar di tv, dirancangan melodi, kat tv 9 pun aku pernah tengok... aku tak de la ambil serius hal ni... dengar gitu-gitu ja... tak lama lepas tu keluar pulak berita yang isteri ustaz popular ni membuat pendedahan di rancangan nasi lemak kopi o di tv9. erm.... dalam hati aku cuma kata itu lah lumrah kehidupan artis... tak heran la kalau situasi mcm ni berlaku.
Kadang-kadang gosip-gosip ni akan menjadi realiti... mcm mana cuba dielak pun akhirnya menjadi ketahuan org juga.. sebenarnya, bukan isu perkhawinan mereka yang aku nak ulaskan. tetapi aku nak bagi pendapat la tentang mereka ini. masa aku form6 dulu, adik aku yang no 2 tu ada la bawa balik mp3 ceramah ustaz akhil.( dari mana dia dapat aku pun tak tau) so sambil main game kat pc aku pun pasang la ceramah tu.. aku tak pasti ceramah itu berkenaan dengan apa.yang pasti dalam ceramah itu, dia ada mengata waheda dengan menyanyikan lagu popular k.waheda. "mazakara, tergedik! tergedik! tergedik!" yang asalnya "wakata! wakata! wakata!" erm... itu la mengata orang lagi... kan dah jadi bini.. hehehehe. so... korang boleh fikir sendiri la ye... kepada ustaz n kakak waheda yang ada terbaca blog saya ni saya minta maaf banyak2 dan mendoakan kalian berdua berbahagian selamanya.

tEmA PeRkHaWiNaN

walaupun majlis perkhawinan aku dengan rastam tidak ditetapkan bila, aku harus merancang agar majlis yang paling bersejarah dalam hidup aku berlangsung secaragilang-gemilang.permasalahan akan timbul bila pasangan itu mencari tema perkhawinan masing-masing... biasalah zaman dah berubah,bukan macam zaman mak-mak kita dulu hentam kromo semuanya, baju meraah, langsir biru, bilik tidur hijau...

sekarang buat la mcm tu aku rasa buat kena gelak n kata orang je la...ye la mana taknya, bilik tidur, pelamin, baju pengantin n bunga telur merupakan elemen penting dalam majlis perkhawinan. susah juga nak kawin ni... sebelum majlis pertunangan aku n rastam berlangsung, perkara ini telah bermain-main dalam kotak fikiran ku....

pada permulaannya aku memilih untuk mengunakan warna biru(warna kain sek.men kita dulu) sebagai tema majlis perkhawinan aku.aku pilih warna tu sebab aku dah ada kain untuk khemah makan beradap nanti... aku kiradah setel la tu... tetapi semasa aku menjejakkan kaki ke Loving Lace, hati ku terpaut dengan tema kedai itu... jatuh cinta terus... hanya mengunakan rona warna pink, crem n putih cukup membuatkan aku tersentuh dengan stail itu... korang pun tau kan pink adalah warna kegemaran ku i love this colour! so setelah berbincang dengan tunangku, aku mengambil keputusan untuk menggunakan 'english stail' untuk majlis perkhawinan ku...

kepada kwn2 diluar sana, apa pendapat anda? jika anda mempunyai komen n apa2 cadangan leh email kepada saua :norhafizah_nor@yahoo.com. chow!

Wednesday, August 12, 2009

TIADA LAGI CINTA




sesuai ke ha tajuk ni.... boleh kot! korang jangan salah sangka lak! story yang aku nak tulis ni bukan ada kena-mengena dengan aku. cerita cinta sahabat aku. tapi terkena juga la dengan aku. hehehehehe
mesti sedihkan bila orang yang kita cinta, kita sayang, yang kita harapkan boleh menjaga,membimbing kita akan mengikat tali pertunangan dengan orang lain ka. nak buat macam mana, dah bukan jodoh kita. aku cukup mengerti lah dalam hal ini sebab aku juga pernah melalui apa yang sahabat ini lalui,
kadang-kadang terlintas beberapa soalan di kotak pemiliran, dimana silapnya situasi ni berlaku! salah kitakah? salah diakah? salah orang ketiga? entah la...
mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. antaranya:
1.mungkin ms couple bukan main caring lagi, bila dah khawin dia sepak terajangnya kita.
2.mungkin keluarga dia/kita tak dapat nak terima diri dia/kita seadanya.
3.mungkin dia tu suami/isteri orang yang kita tidak mengetahuinya... (kes nanya ni)
4.mungkin dah memang bukan jodoh kita...
kepada SAHABAT semoga tabah menghadapi ujian tuhan ini. mungkin kamu akan mendapat yang lebih baik daripada si DIA.