Monday, August 17, 2009

tEmA PeRkHaWiNaN

walaupun majlis perkhawinan aku dengan rastam tidak ditetapkan bila, aku harus merancang agar majlis yang paling bersejarah dalam hidup aku berlangsung secaragilang-gemilang.permasalahan akan timbul bila pasangan itu mencari tema perkhawinan masing-masing... biasalah zaman dah berubah,bukan macam zaman mak-mak kita dulu hentam kromo semuanya, baju meraah, langsir biru, bilik tidur hijau...

sekarang buat la mcm tu aku rasa buat kena gelak n kata orang je la...ye la mana taknya, bilik tidur, pelamin, baju pengantin n bunga telur merupakan elemen penting dalam majlis perkhawinan. susah juga nak kawin ni... sebelum majlis pertunangan aku n rastam berlangsung, perkara ini telah bermain-main dalam kotak fikiran ku....

pada permulaannya aku memilih untuk mengunakan warna biru(warna kain sek.men kita dulu) sebagai tema majlis perkhawinan aku.aku pilih warna tu sebab aku dah ada kain untuk khemah makan beradap nanti... aku kiradah setel la tu... tetapi semasa aku menjejakkan kaki ke Loving Lace, hati ku terpaut dengan tema kedai itu... jatuh cinta terus... hanya mengunakan rona warna pink, crem n putih cukup membuatkan aku tersentuh dengan stail itu... korang pun tau kan pink adalah warna kegemaran ku i love this colour! so setelah berbincang dengan tunangku, aku mengambil keputusan untuk menggunakan 'english stail' untuk majlis perkhawinan ku...

kepada kwn2 diluar sana, apa pendapat anda? jika anda mempunyai komen n apa2 cadangan leh email kepada saua :norhafizah_nor@yahoo.com. chow!

No comments:

Post a Comment