Wednesday, July 29, 2009

PERTUNANGAN KU...




ASSALAMUALAIKUM....

Agak lama juga aku tidak menulis dalam blog aku sendiri... bukan apa agak sibuk dengan persiapan pertunangan yang berlangsung pada 18 Julai 2009 yang lepas.....ye la... untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar selancarnya persiapan kena buat awal kalau last minit maknanya jadi cartoon la... heheheheh. sebelum aku story lebih detil tentang majlis pertunangan aku, aku nak story tentang bakal tunang aku dulu... sebab sebelum ni, aku cerita sikit je pasal dia n macam mana kami leh berkenalan n seterusnya mengikat tali pertungangan. heheheheheh.....






Nama : Mohamad Rastam Zahuri Bin Baharum

Asal : Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak

Anak : Anak ke-2 dari 3 adik beradik

Pekerjaan: catering
Taraf Pendidikan: Dip. Perlancongan UITM Kuantan



ini la orangnya... handsome tak? perkenalan aku dengan dia agak tragis sedikit... bermula dengan ejek mengejek (aku yang mula dulu) berlarutan dengan p'tengkarang sehingga terguris hati (aku la tu hehehehe) dan akhirnya hati kami sama-sama tertaut.... sebulan aku berkenalan dengan dia, dia telah membawa aku berjumpa dengan keluarga nya.... alhamdulillah, ahli keluarganya menerima diri ku seadanya..... sebulan lepas itu, giliran aku pula membawanya pulang berjumpa dengan family aku... sekali lagi aku bersyukur kehadrat ilahi kerana keluarga aku menerima dirinya seadanya tanpa banyak komen......



kami tidak mengambil masa yang lama untuk mengikat tali pertunangan. 5 Jun 2009 keluarga Rastam seramai 10 orang (lebih kurang la... aku pun tak sempat kira. 3 biji kete) datang merisik aku.... (hehehe) huis... gementar gila... aku tak pernah gementar macam ni... macam la aku tak pernah jumpa depa.....



cukup hubungan kami mencecah setahun, pada 18 Julai 2009 kami mengikat tali pertunangan. Aku dan Tam merancang majlis pertunangan yang simple but sempoi.... kami bersetuju untuk:

Hantaran:


aku : 9 Tam :7

Tema:
aku: merah/putih Tam: hitam/putih

tapi majlis yang kami rancangkan simple but sempoi menjadi pesta yang agak2 grand.... nak tahu apa yang jadi pada majlis pertunangan kami....? bacalah story kat bawah ni...


pakaian:

aku mengenakan sepasang kebaya putih yang aku buat sendiri setahun yang lalu... baju ni aku buat untuk aku pakai semasa kursus andaman. tapi sebab agak glamor aku simpan je. rupanya ia dipakai untuk pertunangan ku.... aku mengenakan tudung yang dipilih sendiri oleh Tam dan selendangnya aku buat sendiri.....




Hantaran:

dari 9/7 menjadi 35/15. terima kasih kepada yang memberi kami hantaran. hanya Allah yang dapat membalas jasa anda. cantik2 n sedap. terima kasih sekali lagi





jumlah rombongan:
22 buah kereta... kira sendiri la berapa orang
wang belanja & mas khawin:
yang ni aku yang menetapkannya sendiri... belanja khawin aku ambil daripada tarikh lahir aku iaitu RM6108.50 dan mas khawin RM 1201.00
perasaan:
teruja + terharu + gementar + seronok + letih + bersyukur



doakanlah kami kekal hingga ke jinjang pelamin Amin!

No comments:

Post a Comment